Wednesday, February 10, 2010

Pelantikan Sultan Azlan sah ikut Perlembagaan?

Pelantikan Sultan Azlan sah ikut Perlembagaan – Mahkamah
PUTRAJAYA 9 Feb. – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin. – Bernama 

                               &

Keputusan mahkamah sesuatu di luar jangkaan - Nizar
PUTRAJAYA 9 Feb. – Keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan amat menyedihkan, kata Datuk Seri Dr, Nizar Jamaluddin.

Kata beliau, ini kerana keputusan sebulat suara lima panel hakim itu mengetepikan semua prinsip undang-undang yang dihujahkan oleh pihak beliau. – Utusan

Ulasan: Lepas ini akan bermaharajalelalah ejen BN/UMNO memancing ADUN PR. Dan seolah Mahkamah Rayuan seolah-olah memberi restu maka akan berlakulah seperti yang telah berlaku di Perak tanpa undi tak percaya di mesyuarat ADUN. Rupa-rupanya undi rakyat di belakangkan.

No comments: