Tuesday, February 23, 2010

Pengundi tak terpengaruh pembangkang?

SRI AMAN 22 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pembangkang tidak akan berjaya menyaingi Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang kerana pengundi mempunyai penilaian berbeza ketika mengundi.

Menurut Perdana Menteri, pengundi lebih memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan dan bukannya isu nasional menyebabkan mereka tidak akan terpengaruh dengan janji pembangkang.

Justeru beliau menegaskan, keputusan Pilihan Raya Umum 2008 di Semenanjung yang menyaksikan empat negeri ditawan pembangkang tidak akan berlaku di Sarawak yang akan terus kekal menjadi kubu kuat BN.

''Saya lihat pengundi di Sarawak ada pertimbangan mereka sendiri. Mereka lebih memberi tumpuan kepada isu tempatan dan antara yang menjadi pertimbangan adalah pembangunan di luar bandar.

''Sudah tentu pembangunan menjadi penentuan utama mereka dari segi pemilihan parti pada waktu pilihan raya nanti," kata beliau menjawab soalan kemungkinan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak boleh dipengaruhi oleh Pilihan Raya Umum 2008.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di sini hari ini…

Ulasan: Sudah lebih 50 tahun merdeka tapi pembangunan masih menjadi modal BN untuk menipu rakyat. Rakyat hari ini sudah cerdik yang mahukan keadilan dalam pembangunan TANPA rasuah, TANPA penyelewengan dan mahukan kerajaan yang TELUS. Pilihlah kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah & penyelewengan.

No comments: