KUALA LUMPUR 8 Feb. - Kementerian Pertahanan sehingga kini masih belum mengenal pasti ke mana sebenarnya destinasi akhir enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hendak dijual.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu kerana siasatan dijalankan oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
''Kami tidak pasti ke mana sebenarnya destinasi akhir enjin itu hendak dibawa kerana siasatan rapi sedang dijalankan dan buat masa ini saya belum menerima laporan mengenainya (destinasi akhir).
''Bagaimanapun, kita percaya siasatan mengenai perkara itu akan membuahkan hasil nanti. Selagi saya belum menerima sebarang laporan, kementerian tidak mampu mengesahkannya,'' katanya.
Beliau diminta mengulas ke mana sebenarnya enjin F-5E TUDM hendak dijual kerana negara Uruguay iaitu lokasi enjin tersebut dikesan tidak mengoperasikan pesawat buatan Amerika Syarikat jenis itu…
Ulasan: Jangan habiskan masa bercakap yang tidak perlu. Apakah prosedur pertahanan kita begitu mudah di boloskan? Tapi hebat sebab tiada pegawai tinggi yang terlibat, khabarnya.
No comments:
Post a Comment