KOTA BHARU 21 Feb. – Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid diperintah memberi tunjuk sebab pada 7 Mac ini kerana mengingkari perintah yang membenarkan isteri kedua Tuanku Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.
Hakim Mahkamah Syarie, Mohamed Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di dalam kamar selepas mendengar permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) Elia Suhana Ahmad, 31, bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan di sini hari ini.
Selain Raja Perempuan, dua lagi responden yang dinamakan ialah Mohd. Shahrizan Zainal Abidin iaitu pengawal peribadi responden pertama dan Zaiton Hussein Merican, pekerja di Istana Kelantan.
Menurut Fakhrul Azman, mahkamah telah membenarkan pihak Elia Suhana mendapatkan kerjasama pihak polis untuk melaksanakan perintah tersebut dengan apa cara sekali pun bagi membolehkan responden mendapat hak giliran bersama Sultan Kelantan yang masih dirawat di Singapura…
Ulasan: Ada hak dan tanggungjawab yang perlu di tunaikan dalam berumah tangga, terutama sekali bila mengamalkan poligami. Kalau hidup ini kita taat Allah ikut Rasulullah SAW insyaAllah, rumah tangga akan tenteram dan bahagia.
No comments:
Post a Comment