KOTA BHARU, 2 Feb: Percubaan pemimpin Umno menafikan hak Kelantan ke atas royalti berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 akhirnya dirungkai sendiri peguam Umno.
Peguam terbabit, Datuk Hafarizam Harun menjelaskan dalam akta tersebut disebut dengan jelas perkataan royalti, tidak timbul istilah wang ihsan.
Pendedahan tersebut dibuat pada rancangan Di Luar Lingkaran yang disiarkan secara langsung RTM1 malam tadi yang dihos Syed Munawar.
Hafarizam berkata, Akta Kemajuan Petronas perlu dibaca bersekali dengan Akta Darurat dan Akta Pelantar Benua.
Katanya, kalau kes ini dibawa ke mahkamah, hakim akan menentukan sama ada tiga batu nautika ke bawah menjadi hak kerajaan negeri, manakala selebihnya pula hak persekutuan.
“Dan kemungkinan itu mahkamah akan endorse segala polemik yang dibangkitkan di Kelantan. Dan sebaliknya jika kemungkinan bahawasanya onshore dan offshore itu dibaca mengatasi Ordinan Darurat dan ada argument lain mengapa sebelum tahun 2000 dikenali sebagai royalti.
“Dan selepas itu ditukar kepada wang ihsan, yang mana saya katakan tadi saya tidak ada maklumat terkini mengenai dokumentasi sama ada betul atau tidak sebelum 2000 royalti dan selepas 2000 wang ihsan,” katanya.
Menurutnya, jika mahkamah berpendapat kerajaan Kelantan dan Terengganu berhak untuk menuntut royalti, ia perlu melihat apakah asas tuntutan kerajaan Terengganu atau Kelantan sama ada mereka mahu menuntut bayaran tertunggak dan sebagainya…
Ulasan: Kalau Petronas hendak bayar royalti kepada Kelantan Kelantan, apakah hak kerajaan BN masuk campur? Bawalah kes supaya Hakim bisa putuskan.
No comments:
Post a Comment