KUALA LUMPUR 11 Feb. - Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang kini diburu polis mendakwa pihak berkuasa Malaysia menggunakan anak lelakinya, Raja Azman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh untuk menghukumnya.
Melalui komentar terbaru dalam laman web kendaliannya itu, Raja Petra berkata, anaknya itu tidak tahan lagi dengan penyeksaan mental dan fizikal yang dihadapinya sehingga bertindak mencederakan diri sendiri.
"Peguam saya telah berjumpa dengan anak saya di Hospital Sungai Buloh dan sah bahawa anak saya mencederakan pergelangan tangannya dan menelan bilah pisau cukur.
"Dia menangis semasa memberitahu peguam saya yang dia tidak tahan lagi dengan penyeksaan mental dan fizikal yang dihadapinya itu dan mahu 'keluar'. Dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengakhiri hidupnya," katanya.
Ulasan: Kepada polis: Eloklah berlaku adil. Jangan anak di jadikan tempat membalas dendam kepada ayah. Bila pula polis berdendam? Janganlah jadi alat untuk kentingan agenda peribadi tertentu.
No comments:
Post a Comment