WASHINGTON 8 Feb. - Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan ancaman 'serius dan cukup besar' di alam siber yang boleh menggugat keselamatan negara ini.
Penasihat antikeganasan tertinggi White House, John Brennan (gambar) yang memberi amaran tersebut dalam wawancara dengan stesen NBC semalam turut berkata, sebuah lembaga keselamatan siber telah ditubuhkan di White House.
"Cabaran ini sangat kompleks dan sangat rumit, tetapi kami mengadakan kerjasama sangat erat dengan sektor swasta," ujarnya.
Katanya, White House melihat isu tersebut dari sudut pengintipan oleh kerajaan asing, individu atau kumpulan tertentu, sama ada mereka penggodam komputer atau pertubuhan pengganas.
"Keselamatan negara ini menghadapi risiko kerana itulah kami sedang berusaha untuk memastikan rangkaian kerajaan AS dan rangkaian sektor swasta AS dilengkapi keupayaan bagi menangkis percubaan untuk menggodamnya," kata beliau.
Bulan lepas perbalahan mengenai kebebasan Internet meletus antara China dengan Amerika Syarikat (AS) apabila Beijing menafikan pembabitan kerajaan dalam melancarkan serangan siber ke atas syarikat pencarian Internet AS, Google….
Ulasan:Dasar luar negara AS selama ini mengganggu terutamanya negara kecil menyebabkan orang bermusuh dengan AS.
No comments:
Post a Comment