Thursday, February 25, 2010

Lelaki dipercayai cuba merompak lemas

ALOR SETAR: Seorang lelaki lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kedah berhampiran kawasan rekreasi Taman Jeragan, Ampang Jajar, di sini, apabila dikejar lima pekerja tapak binaan berhampiran ketika cuba memecah masuk stor di situ, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, dua lelaki berusia 30-an cuba memecah masuk sebuah stor pembinaan di Taman Sri Indah, tetapi cubaan mereka gagal apabila disedari dua pekerja warga Thailand di tapak binaan itu. 

Suspek mengeluarkan pisau ketika cuba melarikan diri dan dihalang hingga berlaku pergelutan, bagaimanapun dapat meloloskan diri dan berlari ke arah sungai di situ dan meninggalkan motosikal mereka…

Ulasan: Kalau orang telah mati boleh bercakap tentulah mereka akan berpesan bahawa sebaik-baik bekal untuk kejayaan hidup dunia akhirat ialah TAQWA. 

No comments: