Thursday, February 11, 2010

Subsidi air diteruskan

KUANTAN 10 Feb. – Kerajaan Pahang memberi jaminan rakyat negeri ini akan terus menikmati subsidi walaupun Jabatan Bekalan Air (JBA) dikorporatkan yang dijangka dimuktamadkan pada pertengahan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak turut mengulangi jaminan bahawa tarif air akan dikekalkan selepas pengkorporatan itu.

Tegas beliau, kerajaan negeri tidak berhasrat sama sekali untuk menarik balik subsidi dan menaikkan tarif air yang dinikmati penduduk negeri ini sejak 1982.

‘‘Sekalipun JBA dikorporatkan, ia masih merupakan anak syarikat kerajaan negeri sepenuhnya dan sebarang usaha menaikkan tarif perlu mendapat kelulusan jemaah Exco,” katanya…

Ulasan: Soalannya bolehkah rakyat mempercayainya?

No comments: