Tuesday, February 23, 2010

Taliban beri tentangan hebat

MARJAH, Afghanistan 22 Feb. - Pejuang Taliban yang bilangan mereka jauh lebih kecil daripada askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan kerajaan Afghanistan memberikan tentangan lebih sengit daripada yang dijangka dalam pertempuran di Marjah.

Tentera Amerika Syarikat (AS) sementara itu semakin menghampiri segelintir pemberontak Taliban di sebelah barat pekan di selatan Afghanistan ini.

Meskipun pertempuran masih berterusan, ketua pentadbiran awam Marjah yang baru dilantik merancang untuk berlepas ke pekan tersebut hari ini, buat kali pertama sejak serangan NATO, bagi memulakan usaha memulihkan kawalan kerajaan Afghan dan memenangi hati penduduk selepas bertahun-tahun mereka diperintah oleh Taliban.

Dengan bantuan jet pejuang, pesawat tanpa juruterbang dan helikopter penggempur, pasukan tentera marin AS dan askar Afghan mara semalam ke satu kawasan seluas 5.2 kilometer persegi di mana lebih 40 pemberontak dipercayai bersembunyi.

"Mereka sudah dikepung. Mereka nampaknya mahu bertahan dan bertempur tetapi mereka boleh meletakkan senjata dan melarikan diri secara diam-diam jika mereka mahu," kata komander marin AS, Leftenan Kolonel Brian Christmas…

Ulasan: Semoga mujahidin mendapat kemenangan atau syahid. Teruskan berdoa...

No comments: