Bayi tunang Beng Hock dapat sijil kelahiran
MELAKA: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendapat hadiah paling istimewa sempena Tahun Baru Cina kali ini, apabila bayi yang dilahirkan bekas tunang beliau pada Isnin lalu sudah mendapat sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Lebih menceriakan mereka, nama bayi yang dilahirkan oleh Soh Cher Wei, Teh Er Jia, adalah sempena nama keluarga mendiang manakala Beng Hock pula dinyatakan sebagai bapa bayi berkenaan.
Adik perempuan mendiang, Lee Lan mengakui kejayaan mereka memperoleh sijil kelahiran berkenaan adalah hasil bantuan dan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini berjanji membantu menyelesaikan isu mendapatkan dokumen penting itu.
Beliau turut mengaitkan kejayaan itu berkat daripada kerjasama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Ow Ei Sun dan Pegawai Khas Hishammuddin, Datuk Lau Yeng Peng.
"Saya menerima panggilan daripada Lau sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang memaklumkan isu mengenai sijil kelahiran bayi Soh sudah selesai. Katanya, kerajaan sudah bersetuju membenarkan bayi itu menggunakan nama keluarga mendiang dan sekali gus meletakkan nama Beng Hock sebagai bapanya.
"Bagaimanapun kami tidak menghebahkan perkara ini sehingga bayi ini dilahirkan," katanya pada sidang media di sini petang tadi.
Beng Hock yang juga bekas pembantu politik, Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian, ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam, beberapa jam selepas disoal siasat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan kes rasuah.
Mendiang dikatakan merancang untuk mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh pada hari kematiannya itu, selepas wanita itu disahkan mengandung dua bulan.
Ulasan: Baru bertunang dah mengandung tapi belum daftar perkahwinan. Dari segi official maknanya belum lagi kahwin. Sejak pula Malaysia mengiktiraf zina kerana izinkan penzina di rekodkan sebagai bapa bayi tersebut? Inilah jadinya bila ada tangan-tangan luar (sekadar contoh PM dan isteri, menteri dan lain-lain) yang masuk campur menyebabkan peraturan negara jadi mainan.
No comments:
Post a Comment