Dulu saya menolak UMNO kerana UMNO tidak melaksanakan Islam sepenuhnya di negara ini. Saya benci UMNO kerana beberapa pemimpinnya menghina Islam. Saya tidak suka UMNO kerana mereka itu sekular dan fahaman kebangsaan/perkauman menjadi teras perjuangan mereka.
Sekarang, bukan sebab itu sahaja saya membenci UMNO. Semakin lama saya mendapat banyak bukti kenapa UMNO/BN wajar ditolak. Hujjah yang saya beri di atas tadi adalah faktor agama. Yang lainnya saya menolak UMNO atas faktor ekonomi. UMNO telah memampuskan ekonomi negara ini. Negara kaya tapi rakyat hidup dalam keadaan terhimpit. Tak padan dengan hasil mahsul yang banyak. Kemana menghilangnya duit keuntungan Petronas, bermacam-macam cukai yang dikutip? Sehinggakan Kerajaan menaikkan harga petroleum, tariff elektrik dan menyebabkan harga barangan keperluan turut meningkat.
Pemimpin-pemimpin negara ini merompak harta rakyat dan memperkayakan diri mereka, anak bini mereka dan kroni-kroni mereka. Institusi yang menjadi milik rakyat diniagakan dan diswastakan. Tidak mungkin pemimpin UMNO akan berubah kerana ini telah sebati dengan mereka sejak berpuluh tahun dulu. Negara yang setaraf dengan Malaysia dahulu sekarang telah jauh meninggalkan Malaysia di belakang.
Saya juga benci UMNO kerana telah mengajar orang Melayu supaya menerima apa yang ada. Selama 50 tahun lebih mereka membodohkan orang Melayu. Mereka membuat orang Melayu menjadi lemah, menjadi manja, menjadi malas dan bebal sehingga saya sehingga sekarang benci kepada bangsa saya sendiri dan sering mengatakan bangsa saya merupakan bangsa yang terbodoh di dunia. Perkataan Melayu telah saya sinonimkan dengan kebodohan.
UMNO mendidik Melayu dengan duit. Tiada duit tiada kerja. UMNO juga mengajar Melayu tentang rasuah. Nak dapat apa-apa (projek/tender) kena hulur duit bawah meja dulu. Tak kiralah yang berkopiah atau tak mesti ada duit dulu sebelum dapat projek.
Selain dari itu, UMNO telah menjadikan bangsa-bangsa di Malaysia ini tidak bersatu. Mereka meneruskan dasar pecah perintah yang diamalkan oleh British. Ini telah menyebabkan timbulnya rasa prejudis terhadap sesama kaum. Bangsa lain menjadi kurang ajar kerana UMNO itu telah kurang ajar terhadap bangsanya sendiri dan juga agama. Itulah yang menyebabkan kenapa ada sesetengah bangsa lain yang begitu berani mempertikaikan Melayu dan juga agama Islam. Saya tak salahkan mereka. Saya salahkan UMNO!
Bila kuasa mereka terjejas, mulalah mereka melalak bangsa Melayu sekarang terancam. Mereka juga membuat macam-macam konspirasi untuk menjatuhkan mengaibkan imej negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kalaulah tidak ada ini semua, nescaya Pakatan Rakyat boleh memerintah negeri dengan tenang. Tapi oleh kerana adanya UMNO, semuanya menjadi sukar. Ini menjadi salah satu hujjah saya kenapa UMNO itu WAJIB dihapuskan.
Sebab itu saya benci dengan sikap pemimpin pembangkang yang beria-ria nak duduk semeja dengan UMNO walaupun dengan atas alasan berdakwah! Saya akan menolak mana-mana pemimpin pembangkang yang masih berjinak dengan UMNO. Saya tidak yakin mereka dengan UMNO dapat menubuhkan kerajaan Islamik. Kalau dah sekali isytiharkan lawan, lawanlah sampai titisan darah terakhir, wahai pemimpin PAS bodoh! Jangan jadi hipokrit dan munafik. Atas pentas ceramah berbakul-bakul maki UMNO, tapi rupa-rupanya ada perjumpaan di tempat gelap dengan pemimpin UMNO.
Uslub dakwah konon. Kamu berpolitik pun ikut demokrasi yang diperkenalkan oleh orang kafir. Lainlah kalau kamu berpolitik betul-betul ikut Nabi.
Inilah yang saya ingin tegaskan. Oleh kerana kebencian yang terlalu mendalam dan membara terhadap UMNO, mana-mana pemimpin pembangkang yang ingin mendekati mereka akan saya lawan! Lawan tetap Lawan!
http://reformisjalanan.blogspot.com/2010/02/saya-sangat-bencikan-umno.html
Ulasan: Sekurang-kurangnya kita masih ada hati yang bencikan kemungkaran. Berhati-hati jangan sampai di telan buaya kerana mereka orang lama dalam politik dunia.
No comments:
Post a Comment