Wednesday, February 03, 2010

PAC lawat tempat bas tersadai

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan melawat dua kawasan simpanan lebih 1,000 bas lama milik Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) di Sungai Buaya dan Serendah, Selangor.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, lawatan itu bagi membolehkan pihaknya mengetahui keadaan sebenar bas-bas yang telah disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 sebagai "masih berkeadaan baik".

"Kita akan melawat tempat simpanan bas itu minggu depan bagi melihat sendiri perkara-perkara yang dibangkitkan dalam laporan audit berkenaan.

"Banyak bas yang disimpan di sana dan jika dibiarkan terlalu lama ia akan rosak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya sebelum ini mendedahkan kira-kira 40 peratus daripada 1,139 bas berusia 10 hingga 15 tahun yang disimpan di Sungai Buaya dan Serendah itu masih boleh dibaik pulih dan digunakan.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan pada 28 Mei 2008 turut mendedahkan bas-bas yang tersadai itu telah mencemarkan pemandangan di kawasan tersebut.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat berkata, bas yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM500 juta itu tersadai sejak 2006…..

Ulasan: RM500 juta duit rakyat terbazir. Demikianlah antara cara BN/UMNO menghabiskan duit rakyat..

No comments: