Bendung gejala buang bayi - Rosmah
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sedih dengan gejala buang bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ini, mahu ia dibendung segera.
Beliau berharap perbuatan zalim itu tidak akan berulang lagi.
"Perbuatan itu dilakukan oleh ibu yang tidak mahu membela bayi sendiri.
"Bayi juga inginkan kasih sayang dan mahu hidup dengan sempurna di dunia ini dan bukannya dibuang sesuka hati tanpa ada perasaan belas kasihan,'' katanya ketika ditemui di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta di sini hari ini…
Ulasan: Biasanya bayi yang datang tanpa di undang ialah hasil dari zina iaitu perhubungan jenis tanpa nikah. Sewaktu berzina di penuhi dengan keseronokan angkara nafsu dan syaitan. Wanita eloklah menjaga diri iaitu tidak menyerahkan tubuhnya dizina TANPA nikah. Bernikahlah kerana ia lebih menjamin maruah manusia. Selepas nikah, dapat seronok dan dapat pahala. Kenapa kerajaan Pusat BN/UMNO setakat ini tidak nampak secara serius menghalang dari berlakunya zina dalam negara?
No comments:
Post a Comment