Friday, February 05, 2010

Kedutaan asing intip maklumat sulit negara

Kedutaan asing intip maklumat sulit negara – Zahid Hamidi 

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat kedutaan asing di negara ini yang menggunakan Atase Pertahanan mereka bagi mengintip maklumat sulit negara terutamanya berhubung soal ketenteraan.

Menurutnya, kerajaan mempunyai bukti bahawa ‘kerja jahat’ itu turut dibantu oleh ‘orang dalam’ yang merupakan kakitangan Kementerian Pertahanan dan segelintir pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita mempunyai maklumat bahawa kedutaan asing menggunakan Atase Pertahanan mereka dengan dibantu orang dalam untuk mendapatkan maklumat sulit negara yang mungkin dibayar dan pihak kami telah kenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Saya akan jelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang perkara ini sebelum tindakan susulan diambil dan maklumat terperinci mengenainya didedahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini…

Ulasan: Semua orang tahu peranan peranan antik Atase Pertahanan di mana-mana kedutaan. Tetapi bila ada kakitangan Kementerian Pertahanan dan segelintir pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sanggup menjual rahsia negara adalah amat memalukan. Siasat dan hukum segera sesiapa yang terlibat sebelum negara kena jajah semula. Selalunya staf kerajaan sangat lapar bila di tawarkan duit haram…

No comments: