"Maya, beliau amat bersyukur sekiranya perkahwinan yang dibina pada Ogos 2008 itu dapat diselamatkan.
"Jika sebaliknya berlaku, ia pastinya menyedihkan kami. Namun begitu, kehidupan tidak terhenti setakat itu. Saya sedar, masalah kami ketika ini boleh berakhir dengan perceraian, tetapi kita hidup cuma sekali dan kita berhak mencari kebahagiaan.
"Sebagai manusia, kita berhak untuk terus mencuba. Pada masa sama, semua orang tidak dapat mengelakkan berdepan dengan cabaran," katanya pada sidang media di Mont Kiara, di sini, semalam…
&
Maya akui perkahwinan bergolak
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman ini berkata, punca keretakan rumah tangga beliau dan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.
Ulasan: Maaf kerana mencelah. Sebenarnya kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Allah yang menganugerahkannya. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Bagaimana mungkin mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredai Allah. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kajilah dan selidikilah nanti anda akan konklusinya sebenarnya kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Sebab itu ulama telah menyebutnya dalam ayat yang ringkas kejayaan dan kebahagiaan kita dunia akhirat bergantung diatas ketaatan kita menurut perintah Allah ikut cara Rasulullah SAW. Sorry, tiada jalan lain.
No comments:
Post a Comment