Menyelami kegilaaan PM Umno - Menjahanamkan rakyat/wang- pm1
Era pemerintahan cik det bermula apabila turunnya tun hussein onn, cik det dengan langkah pertamanya menseragamkan waktu antara malaysia timur dan malaysia barat, aku masih ingat lagi waktu itu sekolah buka awal setengah jam, dan dalam kedinginan pagi yang sepatutnya masih lagi waktu tidur budak sekolah seperti aku terpaksa bangun dan hari amat gelap lagi meredah kegelapan pagi untuk ke sekolah. betapa jahatnya cikdet mendera rakyat semenanjung dengan kegilaannya. makcik pakcik penoreh getah ,nelayan, dan rakyat terpaksa bangun awal dari kebiasaanya. itulah gile cik det masa mula mula menjadi pm.
Mengemukakan dasar pandang ke timur, semuanya kerana cik det bermusuh dengan barat, hasil permusuhannya cik det mengalih kiblat rakyat malaysia dengan mempekenalkan dasar pandang ketimur, semua yang dibarat tidak lagi diberi keutamaan. semuanya berpandukan dasar pandang ke timur. slogan asia untuk asia ditetapkan sepenuhnya dalam pentadbiran cik det. nasib baik tak ada harakiri, kalau tak dah ramai rakyat malaysia melakukan harakiri, model rakyat jepun cuba diterjemahkan kedalam minda rakyat malaysia.
Dasar bersih, cekap dan amanah, kononnya zaman cik det nak menghapuskan rasuah kronisme dan segala yang buruk akan dibuang, rakyat menyambut baik dengan slogan ini, bangga cik det dengan slogan ini, semua pemimpin umno, mca mic menyambut idea cik det ini dengan tangan yang terbuka. slogan yang menepati pemerintahan cik det masa itu, sampaikan kereta yang berpletkan BCA amat laris dipasaran. Inilah wala umno kepada pemimpin tapi orang pas tak boleh wala membabi macam ni. wala' kalau pemimpin ada siqah kalu tak ada tak perlu wala' pun.
Memperkenalkan dasar penswastaan ke dalam negara, semua menyambut baik, dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh cik det berbeza dengan negara lain, negara lain memperkenalkan penswastaan adalah untuk menaik taraf perkhidmatan yang teruk menjadi lebih baik dan menjadikan bukannya menjadi penswastaan adalah lubuk membuat wang. Cik det dimalaysia mengswastakan apa milik negara yang sudah cekap seperti LLN, Jabatan Telekom malaysia, Mengswastakan keretapi tanah melayu, swastakan jabatan air negara. mengswastakan MAS, pengswastaan jabatan yang sudah mencapai standard yang tinggi, LLN juga sudah cekap tidak memerlukan pengswasataan, diapungkan di bursa saham, saham seperti LLN, telekom mendapat lonjakan yang tinggi dan yang berjaya mendapatkan saham diperingkat awal akan dapat menjual saham di peringkat tertinggi dan mendapat pulangan yang banyak dan menkayakan kroni.
AP-AP dikeluarkan semasa cik det menjadi pm, melindungi indutri automobil yang banyak merugikan negara, rakyat dipaksa membeli kereta low class, dan mengenakan cukai yang tinggi kepada kereta luar, siapa yang mendapat ap akan menjadi kayaraya, cukai yang tidak masuk akal dikenakan kepada kereta jenama luar. Harga kereta import melambung lambung, kereta proton yang dipasang dalam negara mahal didalam malaysia dan murah di luar negara, jika ditanya mengapa terjadi sedemikian, jawabnya ini sebagai strategi marketing untuk menembusi pasaran luar. marketing apa ini, sibuk memenuhkan tembolok ke, rakyat pakai kereta yang sama dengan orang luar tapi dengan harga mahal.
Menggunakan duit Petronas untuk mendirikan bangunan berkembar yang sampai sekarang tidak penuh penyewannya. untuk kos penyelenggaraan kepada bangunan berkembar ini amatlah tinggi dan amat merugikan rakyat. sampai satu ketika dipaksa petronas yang menyewa disitu. sudahlah pakai duit petronas untuk membina dan akhirnya petronas terpaksa menyewa bangunan sendiri, bijaknya pm malaysia. berpuluh tingkat masih kosong sampai sekarang, yang baiknya tak runtuh kalau tak rahmatle menjelma. dapat nama sekejap dalam world of record lepas tu dah jatuh tempat keempat. tempat pertama diambil oleh dubai burj.
Wawasan 2020 diperkenalkan untuk menjadikan malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020, hebat sekali wawasan ini sampai ada pemimpin umno yang tahu mengampu dan membodek bahawa ilham ini jarang jarang manusia yang boleh memperolehinya dan kita bersyukur cik det dilahirkan di negara kita. banyak mana wang rakyat dibelanjakan untuk menjayakan wawasan ini. Semua bercakap tentang wawasan cik det yang akan sampai pada tahun 2020 sampai tahun 2010 pun wawasan cik det secuit kuku pun belum sampai. wawasan 2020 ini patutnya di panggil wawasan cikdet jenin. itu lah yang terbaik.
Dasar PPSMI untuk pendidikan dilancarkan, bahasa inggeris dijadikan bahasa pengantar untuk kelas sains dan matematik, jika kita nak pandai matematik dan sains hendaklah belajar dalam bahasa inggeris, dijepun dan korea masih belajat matematik dan sains dalam bahasa jepun dan korea, bertambah maju negara mereka bahkan menjadi satu dari kuasa besar ekonomi, banyak professor mereka yang menang hadiah nobel kerana mereka tidak mahir berbahasa inggeris dan kajian mereka adalah yang asli kerana bukan kerana menceduk dari internet. Berapa billion dihabiskan oleh cik det dalam kegilaan memerintah Malaysia?
Ulasan: Rasuah dan kronisme menjadi perkara biasa di zaman Dr Mahathir dan berterusan membudaya sampai sekarang. Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merebut salah satu tempat daripada tujuh perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu tetapi kalah. Beliau yang pernah mengetuai Umno bahagian itu selama 30 tahun, berada di tempat kesembilan dengan mendapat sejumlah 227 undi daripada 473 perwakilan, dan menyifatkan faktor rasuah politik sebagai punca utama kekalahannya. Malu kerana “Yang pastinya, calon di tempat kelapan boleh berbangga, walaupun tetap kalah, tapi undinya mengatasi Mahathir.” Cukuplah UMNO yang kini parah dengan rasuah kerana begitu cintakan dunia.
No comments:
Post a Comment