Friday, February 12, 2010

Pembangkang gagal wujud kerajaan alternatif?

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Perasaan tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka oleh wakil rakyat pembangkang terhadap pentadbiran negeri-negeri yang diterajui pakatan itu membuktikan ia telah gagal membentuk kerajaan alternatif.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wakil rakyat terbabit tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan tidak berpuas hati mereka kerana terdapat pelbagai masalah yang gagal ditangani dengan berkesan.

"Adalah jelas pentadbiran kerajaan negeri pembangkang telah gagal. Kita harap rakyat menyedari hakikat bahawa parti-parti yang menyertai pakatan ini tidak boleh bekerjasama.

"Ini adalah jelas apabila wakil rakyat pembangkang terlibat dalam 'perang terbuka' sesama sendiri dalam tempoh kira-kira lebih setahun selepas pilihan raya umum lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bersama Petugas Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda di sini hari ini…

Ulasan: Semua rakyat tahu bahawa Parti BN/UMNO yang memegang kerajaan pusat tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri-negeri yang dikuasai oleh PR supaya rakyat benci PR. Lihat siapa yang jadi hero menjatuhkan kerajaan PR Perak sebelum ini? Siapa yang menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan seolah-olah kerajaan dalam kerajaan negeri PR? Semuanya ini menunjukkan BN/UMNO menderhaka kepada demokrasi yang kononnya di perjuangkannya.

No comments: