JOHOR BAHRU 21 Feb. - Sebuah kapal asing, MT Eastern Star yang berdaftar di Tirawa, Kiribati pernah ditahan pada 25 Januari dan 12 Februari lalu kerana menjalankan kegiatan memindah minyak secara haram di perairan Johor.
Ketika dua kesalahan itu masih dibicarakan di mahkamah, kapal itu sekali lagi ditahan di perairan Kota Tinggi awal pagi semalam kerana melakukan kegiatan yang sama.
Kapal itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan tiga batu nautika di selatan Tanjung Stapa, Kota Tinggi.
Ketua Penguat Kuasa APMM Tanjung Sedili, Komander Maritim Abd. Hadib Abdul Wahab berkata, pihaknya yang membuat rondaan berjaya mengesan kapal berkenaan bersama kapal MT Gas Eurasia dari Bangkok, Thailand di dalam keadaan mencurigakan pada pukul 2.30 pagi.
Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua kapal berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen untuk melakukan pemindahan minyak daripada pihak berkuasa di negara ini.
"Walaupun kes melibatkan kapal MT Eastern itu dalam tindakan mahkamah dan dokumennya dipegang oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan, namun kapal berkenaan masih bergerak bebas dari Perairan Tanjung Piai ke Perairan Pengerang.
"Kesalahan yang dilakukan kapal ini adalah kali ketiga dan sehubungan itu, kita berharap tindakan tegas dikenakan ke atas kapal terbabit supaya dapat memberi pengajaran kepada yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini…
Ulasan: Kalau pegawai kerajaan membenci rasuah dan tidak makan rasuah semua masalah akan berjaya di selesaikan berdasarkan undang-undang yang ada.
No comments:
Post a Comment