Thursday, February 25, 2010

Naib Presiden, Menteri Kewangan bersalah

JAKARTA 24 Feb. - Majoriti ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Dewan Rakyat Indonesia bagi menyiasat skandal Bank Century, malam tadi memutuskan bahawa Naib Presiden, Boediono dan Menteri Kewangan, Sri Mulyani melanggar undang-undang ketika membuatkan keputusan menyelamatkan Bank Century.

Dua komponen parti pemerintah, Parti Demokrat, mendesak Boediono dan Sri Mulyani dikenakan tindakan undang-undang kerana mereka memberi kebenaran kepada tindakan tersebut.

Keputusan tegas itu dibuat, walaupun sebelum ini berlaku pelobian agresif oleh Parti Demokrat supaya parti-parti komponen memihak kepada parti memerintah.

Laporan akhir yang diumumkan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) menetapkan Boediono yang ketika itu Gabenor Bank Indonesia dan Sri Mulyani sebagai bersalah.

"Sehubungan itu kami meminta KPK (Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah) dan pihak berkuasa lain supaya mengambil tindakan," kata jurucakap PDIP, Maruarar Sirait ketika membacakan keputusan siasatan parti itu di Dewan Rakyat malam tadi.

Bagaimanapun, keputusan itu perlu diserahkan kepada jawatankuasa khas pada 2 Mac ini untuk diluluskan.

PDIP turut menyenaraikan Timbalan Gabenor Bank Indonesia, Miranda Goeltom, Aulia Pohan dan Anwar Nasution dan bekas Gabenor Bank Pusat, Burhanuddin Abdullah sebagai turut terlibat.

Mereka katanya, terbukti cuai dan melanggar undang-undang ketika meluluskan dana sebanyak Rp6.76 trilion (kira-kira RM2.5 bilion) digunakan bagi menyelamatkan Bank Century pada November 2008.

Boediono dan Sri Mulyani berulang kali mempertahankan keputusan itu demi menyelamatkan sistem perbankan Indonesia yang hampir runtuh akibat krisis kewangan global.

Parti Golkar dan Parti Keadilan Sejahtera yang juga parti komponen Parti Demokrat, meminta Boediono dan Sri Mulyani bertanggungjawab di atas tindakan mereka…

Ulasan: Amalan demokrasi di Indonesia kini jauh ke depan melebihi kita apabila reformasi berjaya menjatuhkan Suharto yg telah berkuasa 32 tahun mencengkam Indonesia. Mungkin satu masa nanti di negara kita, semua tidak kira siapa kedudukan dalam negara boleh di persalahkan dan di hukum berdasarkan bukti yang ada. Marilah kita hidupkan jiwa merdeka dalam politik Malaysia dengan meninggalkan BN/UMNO.

No comments: