Thursday, February 11, 2010

Penduduk bimbang jambatan gantung reput

KUALA LIPIS 10 Feb. - Lebih 500 penduduk Kampung Lubuk Kulit dekat sini meminta kerajaan membina segera sebuah jambatan konkrit menggantikan jambatan gantung sedia ada yang semakin usang dan membahayakan keselamatan.

Mereka bimbang jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Telang itu boleh roboh bila-bila masa kerana struktur kayunya semakin reput.

Menurut mereka, jambatan gantung yang dibina sejak tahun 1960-an itu menjadi laluan penting bagi mereka ke bandar Kuala Lipis untuk menjalankan urusan harian…

Ulasan: Kerajaan sesuatu negeri bertanggung jawab menyenggara semua jambatan gantung secara berkala. Jangan hanya mahukan undi sewaktu pilihan raya tetapi mestilah benar-benar menjaga ehwal mereka.

No comments: