Friday, February 05, 2010

Bursa Malaysia untung RM177j selepas lupus kepentingan

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih RM177.6 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember lalu mewakili peningkatan 70 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kenaikan itu adalah hasil pelupusan 25 peratus ekuiti kepentingan dalam Bursa Malaysia Derivatives Bhd. kepada CME Group Strategic Investments LLC bernilai RM76 juta berdasarkan Perjanjian Pembelian Saham yang dipersetujui pada 30 November tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff (gambar) berkata, keuntungan operasi kumpulan tanpa mengira hasil pelupusan 25 peratus ekuiti kepentingan itu adalah RM101.6 juta, penyusutan tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Kita berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tahun lalu di samping pelaksanaan pelbagai perkara membabitkan pengurusan operasi, ketelusan kewangan dan lain-lain bagi memastikan kami memberi nilai kepada pemegang saham," kata beliau selepas mengumumkan laporan penuh kewangan tahunan Bursa Malaysia yang berakhir 31 Disember lalu…

Ulasan: Dari sudut perakaunan, memang ianya keuntungan dan Lembaga Pengarah senyum besar. Tapi tak bermakna apa-apa kerana yang penting bagi syarikat ialah peningkatan keuntungan daripada operasi utama syarikat.

No comments: