PORT-AU-PRINCE 9 Feb. - Seorang lelaki berjaya diselamatkan dari celah runtuhan sebuah pasar di ibu negara Haiti ini semalam, empat minggu selepas dia didapati hilang dalam bencana gempa bumi yang melanda negara pulau di Laut Caribbean ini.
Pasukan penyelamat menyatakan mangsa yang hanya dikenali dengan nama pertamanya, Evans, 28, dilihat dalam keadaan keliru ketika memberitahu ada orang yang memberinya air semasa dia terperangkap.
Evans ditemui di pasar Croix Bossal, tempat dia berniaga nasi dan ahli keluarganya memberitahu mangsa telah hilang sejak bencana gempa bumi melanda pada 12 Januari lalu.
Rakaman yang diambil sejurus selepas dia dimasukkan ke dalam hospital lapangan menunjukkan seorang lelaki kurus kering yang memakai kemeja bercorak dam.
"Saya ingat dia sudah mati, tapi Tuhan menyelamatkan nyawanya," kata ibu mangsa kepada CNN…
Ulasan: Hidup mati adalah urusan Allah. Kita mengusahakan untuk menyelamatkan mangsa runtuhan.
No comments:
Post a Comment