Tuesday, February 02, 2010

Ops Laju: 85 bas ekspres dipandu lebih had laju

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Apabila Utusan Malaysia melabelkan pemandu bas ekspres sebagai 'pelesit' lebuh raya kerana gemar memandu melebihi had laju, kata-kata itu ada kebenarannya.

Ini terbukti apabila 'Ops Laju' yang dijalankan Pasukan Polis Trafik Bukit Aman selama dua malam berturut-turut, berjaya mengesan 85 pemandu bas ekspres yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 90 kilometer sejam.

Sikap pemandu bas terbabit jelas menunjukkan sikap bahawa mereka tidak takut risiko yang bakal dihadapi penumpang bas sekiranya terlibat dalam kemalangan…

Ulasan: Bila rasuah bermaharalela, peraturan dan undang-undang jadi mainan.

No comments: