Pengarah Jabatan Penyiasatan Jenayah Singapura, Ng Boon Gay berkata, tindakan individu berkenaan adalah bagi menyelesaikan masalah kewangan yang mereka hadapi.
Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 18,600 kes pinjaman haram dilaporkan.
Menurutnya, jumlah itu meningkat 58 peratus berbanding 11,500 kes pada tahun 2008.
Katanya, ah long ini mengenakan kadar faedah yang amat tinggi dan menggunakan ugutan serta menakutkan penghutang jika gagal membayarnya.
"Kita jangka kes ah long ini akan terus membimbangkan kerana walaupun kita akan cuba membendungnya, namun ia masih berulang.
"Polis sedang mengawasi masalah atau kes ini secara terperinci," katanya.
Selain itu, jelasnya, sepanjang tahun lalu juga, polis menahan 958 ah long iaitu peningkatan 90 peratus berbanding pada tahun 2008.
Menurut Boon Gay, peningkatan itu berpunca daripada sikap individu yang semakin ramai mencari ah long untuk mengatasi masalah kewangan mereka.
Katanya, ekonomi Singapura susut 2.1 peratus pada tahun lalu selepas mengalami kemelesetan teruk pada suku ketiga 2008 kesan krisis ekonomi global. – AFP
Ulasan: Anda yang menghadapi masalah kewangan sebenarnya mencari masalah kewangan yang baru bila meminjam daripada ah long. Keluarlah dari masalah kewangan dengan mengamalkan agama.
No comments:
Post a Comment