Wednesday, February 03, 2010

Kawasan rekreasi Gunung Pulai dibuka semula

KULAIJAYA 2 Feb. - Kawasan rekreasi air terjun di kaki Gunung Pulai yang ditutup ekoran kejadian tanah runtuh Disember 2001 dan mengorbankan kira-kira lima nyawa, kini dibuka semula kepada orang ramai mula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang bagaimanapun berkata, hanya sebahagian sahaja kawasan rekreasi itu yang dibuka kepada pengunjung.

Kawasan tersebut, katanya, adalah dari pintu gerbang kaki Gunung Pulai sehingga ke air terjun kedua yang jaraknya kira-kira satu kilometer.

"Pembukaan tersebut mengambil kira pandangan penduduk Kampung Seri Gunung Pulai dan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang mahu kawasan rekreasi yang terkenal dengan kawasan air terjun itu dibuka semula.

"Ia bukan saja menyemarakkan sektor pelancongan negeri malah menyumbang kepada ekonomi penduduk kampung kerana ada antara mereka yang mengusahakan kedai makanan dan minuman atau kedai runcit," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membuat lawatan ke kawasan tersebut di sini hari ini. 

Seong Chang berkata, kawasan yang dahulunya pernah menjadi tumpuan penduduk setempat, masyarakat Johor serta warga Singapura itu ditutup sebelum ini atas sebab-sebab keselamatan.

Katanya, kawasan itu turut dinasihatkan tutup selama 10 tahun selepas satu kajian dilakukan ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan berkenaan…

Ulasan: Tempat berkelah bukan tempat melakukan maksiat. Penduduk setempat dan penduduk di karyah masjid yang berdekatan boleh mengambil peranan membebaskan tempat berkelah daripada maksiat. Cukuplah musibah datang sekali sebagai iktibar…

No comments: