Tuesday, February 23, 2010

Tunang lahirkan bayi lelaki?

Tunang Beng Hock lahirkan bayi lelaki
PUTRAJAYA 22 Feb. - Soh Cher Wei, tunang setiausaha politik kepada Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di Shah Alam tahun lalu melahirkan bayi lelaki seberat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat, hari ini.

Cher Wei, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, sebelum ini telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.

Sementara itu setiap kelahiran dalam negara wajib didaftarkan tanpa mengira status anak tersebut termasuk anak luar nikah, warga asing atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd. Noor berkata, kedudukan nama bapa atau ibu kepada anak berkenaan bergantung sama ada pemohon memiliki dokumen yang membuktikan kesahihan tersebut…

Ulasan: Baru sekadar bertunang tapi boleh lahirkan anak? Hal itu boleh berlaku bila kita berzina. Sewajarnya setiap kita wajib menjauhi zina, iaitu bersetubuh tanpa ikatan nikah yang sah. Sesungguhnya Maryam/Mary, emak kepada Nabi Isa/Jesus a.s, adalah satu-satunya perempuan yang mengandung tanpa peranan orang lelaki iaitu tanpa zina. Zina merendahkan maruah wanita di mana saja. Awas jangan sampai tertipu angkara nafsu dan syaitan. Nikah dulu kemudian nikmatilah keindahan bersama isteri dan sekaligus mendapat pahala.

No comments: