Beliau berkata, kod itu akan dikuatkuasakan selepas semua 224 pengusaha bas ekspres diberi taklimat dan kursus selama dua hari mulai 23 Februari ini.
Katanya, taklimat dan kursus itu antara lain akan menekankan tentang cara pengurusan bas, membuat rekod perjalanan bas, kesihatan pemandu dan audit dalaman.
“Tindakan drastik akan diambil terhadap pengusaha yang tidak mengamalkan kod amalan ini sebaik sahaja ia dikuatkuasakan,” kata Halimah kepada pemberita selepas berdialog dengan Persatuan Kereta Sewa Wilayah Utara di sini hari ini.
LPKP memperkenalkan kod itu pada 5 Januari lepas berikutan kemalangan bas syarikat Sani Ekspres yang mengorbankan 10 penumpang dekat Ipoh pada 26 Disember lepas.
Menurut Halimah, pelaksanaan kod amalan itu tertangguh kerana hampir keseluruhan pengusaha bas ekspres tidak memahami prosedurnya.
Katanya, pemasangan alat ‘prompter’ pada setiap kenderaan perdagangan sekarang dijadikan syarat permohonan lesen atau memperbaharui lesen bas.
“LPKP juga dalam proses menambah kakitangan supaya perkhidmatan aduan pengguna jalan raya diterima 24 jam. Sekarang ia diterima pada waktu pejabat sahaja dan selepas itu dijawab oleh mesin,” jelas Halimah. – BERNAMA
Ulasan: Peraturan hanya efektif bila pegawai kerajaan membenci dan tidak mengambil rasuah.
No comments:
Post a Comment