Thursday, February 25, 2010

Ulama tidak setuju imbas badan di lapangan terbang

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menolak penggunaan alat pengimbas tubuh di lapangan terbang negara itu dan menegaskan ia bercanggah dengan Syariah dan hak asasi manusia. 

"Jangan guna alat itu di Indonesia. Negara ini selamat dikunjungi dan tiada apa yang perlu ditakutkan. Kita lebih bimbang alat itu melanggar hak asasi dan disalahgunakan terhadap wanita," kata pengerusi MUI, Amidhan kepada detik.com 

MUI juga menyatakan, pandangan sama disuarakan oleh pemimpin Vatican, Pope Benedict yang membantah penggunaan pengimbas terhadap anggota tubuh. 

"Jika hanya tulang yang kelihatan, ia boleh diterima tetapi jika membabitkan anggota tubuh, orang yang diperiksa seolah-olah seperti bahan 'permainan'," katanya. Bagaimanapun, Amidhan berkata MUI sedia mengecualikannya dalam keadaan tertentu. 

"Ia boleh digunakan dalam kes kecemasan membabitkan keselamatan negara. Wanita mesti diperiksa oleh wanita manakala lelaki diperiksa lelaki," katanya. 

Amidhan percaya Indonesia tidak terlalu terdesak ketika ini dan keselamatan di lapangan terbang masih boleh dikawal menggunakan mekanisma yang lain. 

"Selagi masih ada peralatan lain, kita tidak terdesak," katanya. Kerajaan Indonesia dilapor merancang untuk menggunakan pengimbas tubuh buatan Amerika dikenali ProVision di lapangan terbang negara itu. Agensi

Ulasan: Syabas ulama kerana memprotes dengan alasan.

No comments: