UMNO Pahang kemuka 28 resolusi
MARAN 21 Feb. - Konvensyen UMNO Pahang selama tiga hari yang berakhir hari ini menggariskan 28 resolusi dalam lima bidang yang dianggap mampu mengembalikan kekuatan parti itu terutama untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, resolusi yang dicapai dan telah didokumentasi itu adalah hasil persepakatan menerusi sesi percambahan minda dan bengkel yang disertai 1,400 pemimpin UMNO bahagian.
Beliau berkata, resolusi itu memberi tumpuan pada bidang politik, ekonomi, agama, pendidikan dan media baru yang menjadi isu utama kepada masyarakat terutama pengundi.
''Asas resolusi ini ialah lontaran pandangan bernas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan konvensyen kelmarin yang meminta pemimpin atau wakil rakyat bermuhasabah diri,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Konvensyen UMNO Pahang di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka di sini hari ini.
Ia disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO….
Ulasan: Sayang sekali UMNO menyalahgunakan IPT awam. Kita susah-susah buat peraturan, kita sendiri yang melanggarnya kerana kita mengusai negara adalah tindakan yang tidak berapa cerdik.
No comments:
Post a Comment