Tuesday, February 23, 2010

Air semakin berkurangan bimbangkan Mohd. Noor

KOTA KINABALU 22 Feb. - Disebabkan cuaca panas dan kering, pendaki solo Mohd. Noor Mat Amin terpaksa minum air mineral berisi 1.5 liter sebanyak tiga botol sepanjang pendakian untuk kali ke-53 hari ini.

Menurut Mohd. Noor, sebelum ini dia hanya perlu minum dua botol air minuman setiap hari.

Jurugambar Utusan Malaysia itu menambah, sumber air yang terdapat di setiap pondok perhentian ke puncak Gunung Kinabalu juga semakin berkurangan manakala bekalan air di Laban Rata telah dicatu sejak dua minggu lalu.

Sebagai langkah berjimat-cermat, katanya, para pendaki yang menetap di Laban Rata ada yang tidak mandi, gara-gara kekurangan bekalan air.

Mengenai pendakian ke-53 hari ini, beliau berkata, ekspedisi bermula pukul 9.20 pagi dan berjaya tiba di puncak pukul 3.50 petang dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

''Cuaca hari ini memang panas. Saya rasa keadaan seperti ini sudah tiga hari. Kalau petang hingga ke malam sangat sejuk tetapi pada sebelah pagi pula sangat panas. Saya mendaki cukup pakai baju T dan seluar pendek,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 31 Disember lalu, Mohd. Noor, 42, memulakan misinya menawan puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali yang dijadual berakhir 20 April ini sebelum pendakian baru di Menara Kuala Lumpur.

Beliau juga akan melakukan 111 kali pendakian di menara itu dari 1 hingga 7 Mei ini untuk melayakkan dirinya melakar nama dalam Guinness World of Records…

Ulasan: Di mana-mana saja, eloklah kita menutup aurat kita. Jangan hanya mengejar pengikitirafan manusia. Kejarlah juga keredhaan Allah. Semua kita tahu bahawa aurat bagi lelaki Muslim yang perlu di tutup ialah di antara pusat dan lutut. 


No comments: