Tuesday, February 02, 2010

AS perkukuh pertahanan Teluk

WASHINGTON 1 Feb. – Amerika Syarikat (AS) memperluaskan sistem pertahanan peluru berpandu berpangkalan di darat dan di laut di Teluk Parsi dan kawasan sekitarnya bagi menghadapi apa yang dilihat sebagai ancaman peluru berpandu yang semakin meningkat daripada Iran.

Langkah itu termasuk meluaskan sistem pertahanan peluru berpandu Patriot yang berpangkalan di darat di Kuwait, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, di samping melengkapkan kapal-kapal tentera laut dengan sistem pertahanan peluru berpandu di Laut Mediterranean dan kawasan sekitarnya, kata pegawai AS semalam.

Ketua Pemerintah Pusat tentera AS yang bertanggungjawab terhadap operasi tentera di seluruh Asia Barat, Jeneral David Petraeus pada bulan lepas berkata, AS menempatkan lapan kelompok peluru berpandu Patriot di empat negara Teluk. Beliau tidak menyebut nama negara terlibat…

Ulasan: Malunya negara Islam telah merdeka tetapi bergantung sepenuhnya dengan negara musuh yang sangat RAPAT dengan negara haram Israel. Bukankah merdeka meliputi zahir dan batin?

No comments: