Iran batal konsert tradisional
TEHERAN 23 Feb. 2010 – Pihak berkuasa Iran membatalkan satu konsert tradisional di selatan bandar Tabriz disebabkan dua anggota kumpulan terbabit adalah wanita.
Pembatalan konsert penyanyi tradisional Iran, Homayoun Shajarian yang dijadualkan diadakan hujung minggu ini dibuat kerana ia melanggar polisi kerajaan dengan membenarkan wanita bermain alat muzik pada konsert awam.
Di bawah undang-undang Iran, kumpulan yang dianggotai wanita hanya dibenarkan membuat persembahan awam yang dihadiri oleh kaum hawa sahaja. – AFP
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebenarnya bukan kerana bermain muzik, atau mesti wanita sahaja, tetapi kerana wanita memang tidak dibenarkan mendedahkan aurat kepada lelaki yang bukan mahram. Aurat itu termasuk dedah kulit mengikut batas-batas tertentu, bentuk tubuh dan lain-lain.
Tidak timbul soal Iran mazhab Syiah atau Sunni.. Cuba tunjukkan nas-nas atau dalil-dalil yang membolehkan artis-artis wanita kita terlalak-lalak, di pentas orang ramai dengan pakaian tidak menutup aurat (pakaian bertelanjang), walaupun dalam mazhab Sunni sendiri.
Ulama-ulama UMNO 'syaitan bisu' sepatutnya kena nasihatkan Menteri Penerangan dalam hal ini. Takkanlah ahli UMNO tak nak laksanakan Islam dan tak mahu masuk syurga atau teringin sangat nak masuk neraka?
Ulasan: Perdana Menteri dan Menteri-menteri adalah pimpinan negara yang bertanggungjwab menutup jalan kemungkaran dan membuka selebar-lebarnya jalan kebaikan.
No comments:
Post a Comment