Monday, February 22, 2010

Puntung rokok jadi punca

PEKAN 21 Feb. - Hanya kerana sebatang rokok, lebih 20 hektar kawasan hutan di sini musnah terbakar.Kejadian itu berlaku di Kampung Cenderawasih di Jalan Kuantan-Nenasi di sini dipercayai berpunca daripada kecuaian seorang perokok tegar yang membuang puntung rokok tanpa memikirkan kesannya.

Lebih memburukkan keadaan, fenomena cuaca panas ketika ini memaksa Balai Bomba dan Penyelamat Pekan berkampung di tepi jalan itu bagi mengawal keadaan sejak dua minggu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin berkata, sejak 8 Februari lalu hingga kini pihaknya bertungkus-lumus mengawal api di kawasan berkenaan…

Ulasan: Jangan sampai satu maksiat menyebabkan maksiat yang lain pula. Yang paling minimum ialah merokok hukumnya makruh iaitu dibenci agama kita.

No comments: