Wednesday, February 03, 2010

Imigresen serbu pusat urut

JOHOR BAHRU 2 Feb. - "Nak urut biasa atau spesial. Kalau spesial RM130".
Itu jawapan seorang pelanggan ketika ditanya kakitangan Jabatan Imigresen yang melakukan penyamaran sewaktu menyerbu sebuah pusat urut di Taman Daya, kira-kira pukul 1 petang di sini hari ini.

Dipercayai, tukang urut warga Thailand di pusat itu turut menawarkan khidmat seks dengan bayaran istimewa.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, seramai sembilan wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut di pusat itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan…

Ulasan: Bila rasuah membelit negara, undang-undang dan peraturan hanya jadi mainan anak-anak.

No comments: