Wednesday, February 03, 2010

Pesawah alami kerugian

PENDANG 2 Feb. - Hati mana yang tidak sedih apabila melihat hasil padi yang dituai langsung tidak setimpal dengan keringat yang telah diperah setiap hari.

Jika musim lalu, kira-kira 600 hektar sawah padi di kawasan Kampung Bukit Raya Dalam di sini tenggelam akibat banjir, kini pesawah di kawasan tersebut menghadapi cabaran lain pula.

Hampir seribu pesawah di kawasan itu bimbang apabila sawah padi milik mereka diserang 'bom' yang boleh membuatkan mereka kerugian sehingga ratusan ribu ringgit pada musim penuaian kali ini.

'Bom' atau bena perang adalah sejenis makhluk perosak tanaman padi yang amat ditakuti oleh pesawah.

Ini kerana hasil padi boleh berkurangan secara mendadak kerana makhluk perosak ini mampu memusnahkan padi dalam tempoh yang singkat.

Bena perang dewasa merosakkan pokok padi dengan menghisap cecair di dalam pokok padi dan menyebabkan pembesarannya terbantut.

Seorang pesawah, Mohd.Rodzi Ishak, 46, berkata, para pesawah di kawasan ini amat berharap pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dapat membantu petani dengan memberi racun untuk menghapuskan serangga perosak tersebut.

"Racun untuk menghapuskan 'bom' ini mahal iaitu kira-kira RM200 untuk satu liter.

"Satu liter racun hanya boleh digunakan untuk 20 relung (kira-kira enam hektar) dan kami para pesawah tidak mampu untuk menanggung kos tersebut," ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelasnya, berikutan masalah itu, hasil tuaian padi para pesawah di kawasan ini berkurangan sehingga 70 peratus…

Ulasan: Hentikanlah penggunaan racun serangga kimia. Galakkan penggunaan racun organic yang lebih mesra alam. Tunaikanlah zakat dan solat.

No comments: