SUNGAPURA 22 Feb. - Singapura merancang untuk membelanjakan AS$8.13 bilion (RM27.64 bilion) untuk kelengkapan pertahanan pada tahun ini, menurut data yang dikeluarkan oleh kerajaan republik itu di sini hari ini.
Peruntukan tersebut adalah peningkatan 0.1 peratus berbanding peruntukan untuk tujuan sama pada tahun lepas.
Tentera laut, udara dan darat Singapura akan menerima AS$7.77 bilion (RM26.42 bilion) untuk membeli dan menyelenggara kelengkapan tentera, menjaga kem dan membayar gaji.
Singapura mempunyai 4.99 juta pemastautin di mana 3.73 juta daripadanya merupakan rakyat dan penduduk tetap yang membekalkan sumber manusia kepada tentera Singapura melalui kerahan tenaga...
Ulasan: Jiran yang jahat sentiasa menyangka tak baik kepada jiran-jirannya.
No comments:
Post a Comment