Friday, February 12, 2010

9 diberkas curi pasir

KAJANG 11 Feb. – Penangkapan beberapa individu termasuk pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam kegiatan curi pasir baru-baru ini dilihat tidak menggerunkan mereka yang ingin mengaut keuntungan besar dalam aktiviti haram itu. 

Ini terbukti apabila kegiatan curi pasir masih berterusan. Kali ini, Sungai Reko terletak di Bandar Teknologi Kajang di sini menjadi sasaran sindiket haram tersebut.

Aktiviti itu bagaimanapun terbongkar dengan penangkapan sembilan lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun dalam satu serbuan hari ini.

Serbuan itu dilakukan oleh 15 pegawai dari Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat serta Polis Daerah Kajang…

Ulasan: Jangan tangkap hanya bilis saja. Jadikan negara ini bebas daripada rasuah.

No comments: