Tempat perlindungan hamil luar nikah
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta semua pihak tidak menyalah anggap kesediaan kerajaan menyediakan tempat perlindungan untuk gadis-gadis yang hamil tanpa berkahwin sebagai mendorong perlakuan tersebut.
Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga itu berkata, pihaknya memberi tempat perlindungan tersebut dalam keadaan gadis hamil luar nikah kemungkinan akan bertindak membuang bayi sekiranya tiada sesiapa bersedia menerimanya.
Menurut beliau, pihak kerajaan perlu berhati-hati dalam perkara yang sensitif ini, bukan senang-senang untuk membuang anak kerana ia adalah perbuatan jenayah.
"Perbuatan membuang anak adalah kesalahan jenayah dan sekiranya seseorang gadis tidak ada tempat lain untuk menghantar anaknya, kerajaan mesti berbuat sesuatu.
"Kita tidak hendak perkara itu dipermudahkan, bayi boleh dilahirkan dan jika tidak hendak boleh dibuang begitu sahaja, bukan itu yang kerajaan maksudkan," katanya…

Ulasan: Tetapi pada waktu yang sama KERAJAAN PUSAT sewajarnya menyempitkan jalan-jalan berlakunya zina dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment