Thursday, February 11, 2010

BN yakin mampu pertahan Perak

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat mempertahankan kedudukannya daripada undi tidak percaya yang mungkin dibawa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menegaskan, kerajaan BN yakin akan dapat mempertahankan diri walaupun majoriti hanya tiga undi.

“Undi tidak percaya termaktub dalam perlembagaan atau undang-undang negara yang mengamalkan demokrasi di dunia ini dan ia merupakan amalan biasa.

“Kerajaan BN yakin akan terus kekal memerintah kerana percaya kesetiaan wakil-wakil rakyat dan rakyat berdasarkan kepada apa yang dilakukan sekarang untuk memastikan Perak terus maju,” katanya.

Zambry bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini…

Ulasan: Kenapa dulu BN tidak buat undi tak percaya terhadap kerajaan PR pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar seperti termaktub dalam perlembagaan atau undang-undang negara yang mengamalkan demokrasi di dunia ini dan ia merupakan amalan biasa?
Kerana cintakan dunia yang sementara ini BN/UMNO jelas merosakkan amalan demokrasi dengan membabitkan Raja dan institusi mahkamah.

No comments: