ALOR SETAR 1 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Negeri Kedah yang dijangka dihadiri 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang pada 6 Februari ini.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad memberitahu, program selama dua hari yang bermula sehari sebelum itu merangkumi pelbagai aktiviti termasuk sukan rakyat, acara melibatkan wanita serta pertandingan marhaban dan berendoi.
''Sebanyak 30 gerai meliputi jualan barangan usahawan bumiputera dan pameran agensi kerajaan juga akan diadakan bagi memeriahkan program berkenaan di Kedah yang merupakan negeri pertama dipilih untuk menganjurkannya," kata beliau pada sidang media mengenai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Kedah.
Ulasan: Macam mana UMNO boleh mengadakan program parti UMNO itu di sekolah kerajaan? Kasihan UMNO yang tak faham peraturan di negara sendiri.
No comments:
Post a Comment