KUALA LUMPUR 9 Feb. - Lambakan sijil halal palsu dan tidak diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjejaskan kredibiliti Malaysia untuk muncul sebagai pembekal produk halal atau hab halal terkemuka di rantau ini.
Setiausaha Kerja, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ketika ini terdapat beberapa syarikat persendirian yang bertindak mengeluarkan sijil halal mereka sendiri tanpa pengetahuan Jakim.
"Kami khuatir sekiranya keadaan ini berlarutan, pengunjung dari negara luar akan mula mempersoalkan status halal terutamanya yang berkaitan dengan produk makanan di negara ini.
"Sehubungan itu, kami mengesyorkan agar pihak polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap isu ini,'' katanya…
Ulasan: Negara ini akan jadi hebat bila rakyat membenci rasuah.
No comments:
Post a Comment