Thursday, February 25, 2010

PM minta Gabem cari formula strategik

KUANTAN 24 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan terus berusaha mencari formula strategik dan berkesan untuk memapankan ekonomi bumiputera.

Perdana Menteri berkata, pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan dalam usaha memartabatkan ekonomi bumiputera dan diharapkan, usaha-usaha murni itu tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya diterus serta dilipat gandakan sehingga matlamat penubuhan Gabem tercapai.

''Penubuhan Gabem merupakan satu wadah perjuangan bangsa bagi memperkukuhkan ekonomi masyarakat bumiputera dalam pelbagai sektor.

''Masyarakat bumiputera masih memerlukan pembelaan dari kerajaan demi untuk menjamin kesejahteraan negera. Kerajaan ingin memastikan ekonomi masyarakat bumiputera berada pada landasan yang betul," katanya dalam kata-kata aluan pada buku cenderamata sempena pelancaran Gabem Pahang di sini, hari ini…

Ulasan: Kita hebat bila kita hidup pegang agama. 

No comments: