BERA 28 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar)
(juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mengelirukan orang ramai dengan perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Katanya, Anwar cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu moral yang sedang dihadapinya itu kepada isu konspirasi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba menamatkan kerjaya politik beliau.
"Anwar cuba mempengaruhi rakyat menerusi siri jelajah yang sedang beliau lakukan di seluruh negara dan juga turut berusaha mendapatkan sokongan pemimpin negara luar agar menekan kerajaan bagi menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya.
"Dia kata sistem kehakiman negara ini tidak betul. Kalau sistem kehakiman tidak betul, sudah lama mahkamah tidak melayan permohonannya itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Juara Rakyat dan majlis gotong-royong perdana di Kampung Tateh, Lanchang dekat sini semalam…
Ulasan: Terbukti pemimpin UMNO banyak kali menggunakan kehakiman negara untuk kepentingannya.
No comments:
Post a Comment