Monday, March 01, 2010

Jangan cantas-mencantas sesama pemimpin - Najib

KUANTAN 28 Feb. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan satu garis panduan agar semua pemimpin menjauhi perbuatan cantas-mencantas bagi menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga telah menasihatkan agar pemimpin semua peringkat mengelakkan perbuatan itu kerana ia hanya menimbulkan banyak masalah kepada parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, Perdana Menteri mengeluarkan garis panduan itu bertujuan menghapuskan budaya cantas-mencantas yang berlaku dalam UMNO dan juga parti-parti komponen BN.

"Kalau cantas-mencantas ini bukan sahaja dalam MCA, dalam parti UMNO juga berlaku. Presiden UMNO telah pun keluarkan satu garis panduan dan juga menasihatkan pimpinan semua peringkat supaya jangan cantas-mencantas. Kalau ini berlaku, kita akan menghadapi masalah dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pasar tani di pekarangan Stadium Darul Makmur di sini hari ini…

Ulasan: Selagi mencintai dunia, manusia akan cantas mencantas kerana setiap pemimpin politik mempunyai hala tersendiri dan kawan yang sehala dengannya.

No comments: