KUALA LUMPUR 28 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi tamparan apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO.
Beliau membuat pengumuman itu sewaktu berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sini malam ini.
Menurut Mohammad Fairus, keputusan itu dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan perasaan itu semakin memuncak berikutan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Katanya, sebelum membuat pengumuman pada malam ini, beliau telah melakukan solat sunat istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian.
Menurutnya, ini kerana melalui proses itu beliau telah berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.
"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ulasan: Lebih 50 tahun UMNO mempermainkan Islam dan Melayu masih ada orang tertarik untuk memperjuangkan agama dan bangsa melalui UMNO. Lihat artikel yang ada mengenai jenayahnya sepanjang berkuasa. Bukan senang melawan parti yang besar dan berkuasa… Lawan tetap lawan.
No comments:
Post a Comment